GoRgEoUs!

VIP Followers

Wednesday, December 28, 2011

Hari yang BZ

Salam u olls!....syok2...nie hari ke-5 aku berada di rumah baru....tapi N3 kali nie aku tak nak letak gambar lagi sbb perabot banyak lagi belum sampai....dan hati sangat puas sbb dh tak perlu bangun awal pagi utk pegi kejer...yahoooo!!!

Thank you very much to my lovely hubby kerana dia sangat banyak membantu dalam urusan perpindahan rumah dari hari pertama hingga lah Selasa petang....bertungkus lumus menemani aku shopping barang rumah termasuk bagi idea untuk beli perabot2 dan lampu rumah....

Aku start pindah rumah 23hb Dec...hubby datang 21hb malam...22hb dia temankan aku pegi survey perabot di IKEA....23hb pindah dan 24hb dia balik Melaka sbb dia ada show malam tu....masa dia balik tu aku sedih sangat sbb tak de orang nak pasangkan langsir dan apa2 sajer kerja drilling dan electrical....tapi apakan daya, kenalah tunggu hubby cuti pulak...so, ahad tu aku kuar gie beli brg2 elektrik supaya bila hubby sampai, dia blh terus pasang....

26hb Dec.....
Tetiba pagi tu ada orang ketuk pintu rumah...aku masa tu baru jer bukak mata, masih tergolek2 atas tilam kat depan TV....hmmm...sapelah agaknya....pastu bibik tgk kat lubang pintu dan dia cakap "bapak"...aku juz lepak jer lah sbb aku ingat bibik aku maksudkan ayah aku....skali bibik bukak jer pintu, nmpk hubby....Ya Allah!....masa tu aku senyum smpi telinga sbb penyelamat aku dh sampai...happy sangat2.....
I luv my hubby very much sbb dia tau aku sgt memerlukan dia sekarang nie....

Bermulalah kerja2 drilling di rumah aku.....pukul 4 hubby aku stop wat kerja sbb kitorg nak gie IKEA semula utk pulangkan semula brg yg salah beli dan terlebih beli termasuk nak beli brg yg out of stock aritu...pastu nak cari brg2 kat hardware....mentang2 lah public holiday, jln nak ke IKEA sgt jam...tu blm citer nak masuk parking IKEA...penuh bukan main...nasib kami baik sbb tak tunggu lama utk masuk parking...tapi kami tak bernasib baik sbb org dlm IKEA mcm ulat tutttt......punya lah ramai dan aku tak suka keadaan tu...so, kitorg juz pulangkan barang dan ke kedai hardware dlm IKANO....best beli brg kat IKEA ek....100% returnable...tapi yg tak best selalu abis stok...huh!!...
So aritu kitorg sampai rumah kol 11.30pm....mmg memenatkan....paling sian hubby sbb dia kepenatan buat kejer....huhu....

27hb Dec....
Arrgghhh!!!!....hari pertama bekerja setelah hampir seminggu cuti....ada 2 perasaan...suka sbb tak perlu bangun awal ke tempat kerja dan malas nak pegi kerja sbb hubby masih di rumah...kebetulan jugak aritu aku selsema teruk dan terasa nak MC jer....erghhh!!!....
Tapi aku gagahkan diri bangun dan pegi kerja....sampai ofis jer selsema aku semakin parah...aku dh rasa sakit kepala dan nak demam....apa lagi, kol 10am aku ke klinik dan dpt MC...alhamdulillah....aku pun terus balik rumah dan suka sgt dpt temankan hubby buat kerja walaupun aku tak dpt buat apa2 pun....pukul 6 pm hubby aku kena gerak balik Melaka sbb dia kerja....kesian sgt kat dia....tapi thank you so much darling....sumer kerja2 drilling dan wiring berjaya diselesaikan.....lepas dia balik, aku dan bibik mulakan kerja mengemas rumah semula....susun kotak2 yg masih blm ada tmpt nk letak brg2nya dan beres segalanya.....so malam tu aku tido dengan perasaan happy dan selesa......

Begitulah sedikit sebanyak citer psl pindah rumah aku....next entry aku masukkan gambar rumah pulak....

Ariossss!!......

Monday, December 19, 2011

Boleh tutup telefon bimbit berdering ketika solat

 Pergerakan dibenarkan kerana maslahah jaga khusyuk

SOLAT memerlukan tumpuan kerana apabila perhatian terganggu, ia mampu mengurangkan pahala solat. Sebab itu Islam amat menitik beratkan persoalan persediaan sebelum solat termasuk menetapkan hati yang tenang serta memakai pakaian bersih.

Persediaan juga mengambil kira mengelak daripada perkara yang boleh mengganggu solat seperti kerap berlaku sekarang ini, bunyi deringan telefon bimbit. Perkara ini penting kerana bunyi deringan telefon itu boleh mengganggu solat kita serta jemaah lain.

Deringan bunyi telefon terkadang menghasilkan lagu dan bunyi yang jelas mampu menghalang jemaah terus khusyuk ketika solat sedangkan khusyuk satu tuntutan penting dalam solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menghalang sahabat memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan nyaring ketika orang lain sedang solat. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW apabila pergi ke masjid untuk beriktikaf dan Baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, Baginda berkata: “Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran (atau apabila bersolat).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis, jika al-Quran juga dilarang diperdengarkan kerana boleh mengganggu solat, apatah lagi bunyi deringan telefon. Sudah tentu dilarang dan sebab itu wajib bagi ingin menunaikan solat menutup telefon bimbit sebelum melakukan solat sama ada bersendirian atau berjemaah.

Namun persoalan berbangkit, bagaimana jika kita terlupa menutupnya sebelum bersolat dan telefon berdering. Adakah kita perlu menghentikan solat, menggerakkan anggota tubuh untuk mematikan telefon bimbit atau membiarkan saja telefon terus berdering.

Jawapan paling tepat di sini ialah mematikan telefon tanpa membatalkan solat. Maksudnya, orang yang sedang solat dibenarkan bergerak sedikit anggota badan lalu menutup telefon itu. Pergerakan ini dibenarkan dalam solat kerana maslahah menjaga khusyuk solat lebih besar daripada terus membiarkan telefon berbunyi sepanjang kita bersolat.

Persoalan ini termasuk dalam perbahasan hukum pergerakan dalam solat. Perbuatan tidak termasuk dalam perbuatan solat jika dilakukan dengan banyak maka ia terbatal tetapi jika dalam kuantiti sedikit membabitkan anggota kecil, maka dibolehkan.

Cuma di sini, ulama berselisih pandangan mengenai ukuran banyak atau sedikit. Dalam mazhab Syafie, jika dilakukan melebihi tiga kali dan secara berturutan maka ia membatalkan solat.

Namun bagi Imam an-Nawawi, ia turut mendatangkan contoh pergerakan yang sedikit seperti memberi isyarat ketika menjawab salam, melepaskan serban atau meletakkannya, menggosok lendir yang terlekat di baju dan lain-lain lagi.

Banyak juga keterangan hadis menceritakan pergerakan Nabi SAW dan sahabat ketika sedang solat kerana maslahah tertentu. Contohnya, pergerakan Nabi SAW memegang telinga Ibnu Abbas untuk memindahkannya daripada sebelah kiri ke sebelah kanan Baginda. Pergerakan yang banyak ini sudah dijelaskan oleh Ibn Battal bahawa inilah maslahah digunakan Nabi SAW dalam memelihara solatnya daripada terganggu.

Begitu juga kisah Nabi SAW sendiri pernah solat dalam masjid sambil mendukung cucunya Umamah. Apabila rukuk, Baginda akan meletakkan cucunya di bawah dan apabila bangun, Baginda akan mendukung cucunya kembali.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian cendekiawan Islam menolak dalil pergerakan Nabi SAW sebagai hujah untuk membolehkan kita mematikan telefon bimbit ketika solat kerana kata mereka ia khusus kepada Nabi SAW. Bahkan ada sebahagian mengatakan pergerakan dilakukan Nabi SAW itu boleh jadi tidak dilakukan secara berturut-turut melebihi tiga kali.

Namun, pendapat mereka masih tidak kukuh disebabkan ada juga sahabat melakukan pergerakan yang banyak apabila terdapat maslahah mendesak. Di samping itu, tiada jaminan Nabi SAW tidak bergerak melebihi tiga kali berturut.

Bahkan ia adalah perkara ijtihadiyyah Imam Syafie yang memang terkenal sebagai imam yang amat berhati-hati dan menjaga kesempurnaan solat. Ini suatu yang baik jika kita ingin mengambil pendekatan Imam Syafie. Bagaimanapun, dalam kes mematikan telefon, ini keperluan mendesak. Ia boleh dikategorikan sebagai pergerakan yang wajib dilakukan ketika solat kerana larangan mengganggu jemaah lain yang sedang solat adalah wajib.



Dipetik dari buku "Pelik tapi Benar Dalam Solat" ust Abdul Rahman Mohamed, Telaga Biru KL 2006 pp75 dari sumber Arshad-TerunaDara.

Oleh itu, perbuatan mematikan telefon dimasukkan dalam perbahasan yang sama seperti keharusan bergerak untuk membunuh binatang buas yang mengancam. Ia diqiyaskan kepada hadis Nabi SAW yang mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil ketika solat.

Diriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan supaya membunuh dua binatang buas walaupun ketika solat iaitu kala jengking dan ular (jika ia menghampiri ketika solat).” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Justeru, dapat difahami bahawa wajib bagi seseorang untuk mematikan bunyi telefon bimbitnya kerana ia merosakkan ketenangan orang yang sedang solat, seperti mana bahayanya kala jengking dan ular.

Namun pergerakan itu mestilah dibatasi supaya tidak terlalu melampau sehingga melambangkan seolah-olah tidak ada perbezaan antara orang yang melakukan solat dan orang belum mengerjakan solat.

Penulis, Muhammad Asyraf ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers