GoRgEoUs!

VIP Followers

Wednesday, December 28, 2011

Hari yang BZ

Salam u olls!....syok2...nie hari ke-5 aku berada di rumah baru....tapi N3 kali nie aku tak nak letak gambar lagi sbb perabot banyak lagi belum sampai....dan hati sangat puas sbb dh tak perlu bangun awal pagi utk pegi kejer...yahoooo!!!

Thank you very much to my lovely hubby kerana dia sangat banyak membantu dalam urusan perpindahan rumah dari hari pertama hingga lah Selasa petang....bertungkus lumus menemani aku shopping barang rumah termasuk bagi idea untuk beli perabot2 dan lampu rumah....

Aku start pindah rumah 23hb Dec...hubby datang 21hb malam...22hb dia temankan aku pegi survey perabot di IKEA....23hb pindah dan 24hb dia balik Melaka sbb dia ada show malam tu....masa dia balik tu aku sedih sangat sbb tak de orang nak pasangkan langsir dan apa2 sajer kerja drilling dan electrical....tapi apakan daya, kenalah tunggu hubby cuti pulak...so, ahad tu aku kuar gie beli brg2 elektrik supaya bila hubby sampai, dia blh terus pasang....

26hb Dec.....
Tetiba pagi tu ada orang ketuk pintu rumah...aku masa tu baru jer bukak mata, masih tergolek2 atas tilam kat depan TV....hmmm...sapelah agaknya....pastu bibik tgk kat lubang pintu dan dia cakap "bapak"...aku juz lepak jer lah sbb aku ingat bibik aku maksudkan ayah aku....skali bibik bukak jer pintu, nmpk hubby....Ya Allah!....masa tu aku senyum smpi telinga sbb penyelamat aku dh sampai...happy sangat2.....
I luv my hubby very much sbb dia tau aku sgt memerlukan dia sekarang nie....

Bermulalah kerja2 drilling di rumah aku.....pukul 4 hubby aku stop wat kerja sbb kitorg nak gie IKEA semula utk pulangkan semula brg yg salah beli dan terlebih beli termasuk nak beli brg yg out of stock aritu...pastu nak cari brg2 kat hardware....mentang2 lah public holiday, jln nak ke IKEA sgt jam...tu blm citer nak masuk parking IKEA...penuh bukan main...nasib kami baik sbb tak tunggu lama utk masuk parking...tapi kami tak bernasib baik sbb org dlm IKEA mcm ulat tutttt......punya lah ramai dan aku tak suka keadaan tu...so, kitorg juz pulangkan barang dan ke kedai hardware dlm IKANO....best beli brg kat IKEA ek....100% returnable...tapi yg tak best selalu abis stok...huh!!...
So aritu kitorg sampai rumah kol 11.30pm....mmg memenatkan....paling sian hubby sbb dia kepenatan buat kejer....huhu....

27hb Dec....
Arrgghhh!!!!....hari pertama bekerja setelah hampir seminggu cuti....ada 2 perasaan...suka sbb tak perlu bangun awal ke tempat kerja dan malas nak pegi kerja sbb hubby masih di rumah...kebetulan jugak aritu aku selsema teruk dan terasa nak MC jer....erghhh!!!....
Tapi aku gagahkan diri bangun dan pegi kerja....sampai ofis jer selsema aku semakin parah...aku dh rasa sakit kepala dan nak demam....apa lagi, kol 10am aku ke klinik dan dpt MC...alhamdulillah....aku pun terus balik rumah dan suka sgt dpt temankan hubby buat kerja walaupun aku tak dpt buat apa2 pun....pukul 6 pm hubby aku kena gerak balik Melaka sbb dia kerja....kesian sgt kat dia....tapi thank you so much darling....sumer kerja2 drilling dan wiring berjaya diselesaikan.....lepas dia balik, aku dan bibik mulakan kerja mengemas rumah semula....susun kotak2 yg masih blm ada tmpt nk letak brg2nya dan beres segalanya.....so malam tu aku tido dengan perasaan happy dan selesa......

Begitulah sedikit sebanyak citer psl pindah rumah aku....next entry aku masukkan gambar rumah pulak....

Ariossss!!......

Monday, December 19, 2011

Boleh tutup telefon bimbit berdering ketika solat

 Pergerakan dibenarkan kerana maslahah jaga khusyuk

SOLAT memerlukan tumpuan kerana apabila perhatian terganggu, ia mampu mengurangkan pahala solat. Sebab itu Islam amat menitik beratkan persoalan persediaan sebelum solat termasuk menetapkan hati yang tenang serta memakai pakaian bersih.

Persediaan juga mengambil kira mengelak daripada perkara yang boleh mengganggu solat seperti kerap berlaku sekarang ini, bunyi deringan telefon bimbit. Perkara ini penting kerana bunyi deringan telefon itu boleh mengganggu solat kita serta jemaah lain.

Deringan bunyi telefon terkadang menghasilkan lagu dan bunyi yang jelas mampu menghalang jemaah terus khusyuk ketika solat sedangkan khusyuk satu tuntutan penting dalam solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menghalang sahabat memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan nyaring ketika orang lain sedang solat. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW apabila pergi ke masjid untuk beriktikaf dan Baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, Baginda berkata: “Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran (atau apabila bersolat).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis, jika al-Quran juga dilarang diperdengarkan kerana boleh mengganggu solat, apatah lagi bunyi deringan telefon. Sudah tentu dilarang dan sebab itu wajib bagi ingin menunaikan solat menutup telefon bimbit sebelum melakukan solat sama ada bersendirian atau berjemaah.

Namun persoalan berbangkit, bagaimana jika kita terlupa menutupnya sebelum bersolat dan telefon berdering. Adakah kita perlu menghentikan solat, menggerakkan anggota tubuh untuk mematikan telefon bimbit atau membiarkan saja telefon terus berdering.

Jawapan paling tepat di sini ialah mematikan telefon tanpa membatalkan solat. Maksudnya, orang yang sedang solat dibenarkan bergerak sedikit anggota badan lalu menutup telefon itu. Pergerakan ini dibenarkan dalam solat kerana maslahah menjaga khusyuk solat lebih besar daripada terus membiarkan telefon berbunyi sepanjang kita bersolat.

Persoalan ini termasuk dalam perbahasan hukum pergerakan dalam solat. Perbuatan tidak termasuk dalam perbuatan solat jika dilakukan dengan banyak maka ia terbatal tetapi jika dalam kuantiti sedikit membabitkan anggota kecil, maka dibolehkan.

Cuma di sini, ulama berselisih pandangan mengenai ukuran banyak atau sedikit. Dalam mazhab Syafie, jika dilakukan melebihi tiga kali dan secara berturutan maka ia membatalkan solat.

Namun bagi Imam an-Nawawi, ia turut mendatangkan contoh pergerakan yang sedikit seperti memberi isyarat ketika menjawab salam, melepaskan serban atau meletakkannya, menggosok lendir yang terlekat di baju dan lain-lain lagi.

Banyak juga keterangan hadis menceritakan pergerakan Nabi SAW dan sahabat ketika sedang solat kerana maslahah tertentu. Contohnya, pergerakan Nabi SAW memegang telinga Ibnu Abbas untuk memindahkannya daripada sebelah kiri ke sebelah kanan Baginda. Pergerakan yang banyak ini sudah dijelaskan oleh Ibn Battal bahawa inilah maslahah digunakan Nabi SAW dalam memelihara solatnya daripada terganggu.

Begitu juga kisah Nabi SAW sendiri pernah solat dalam masjid sambil mendukung cucunya Umamah. Apabila rukuk, Baginda akan meletakkan cucunya di bawah dan apabila bangun, Baginda akan mendukung cucunya kembali.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian cendekiawan Islam menolak dalil pergerakan Nabi SAW sebagai hujah untuk membolehkan kita mematikan telefon bimbit ketika solat kerana kata mereka ia khusus kepada Nabi SAW. Bahkan ada sebahagian mengatakan pergerakan dilakukan Nabi SAW itu boleh jadi tidak dilakukan secara berturut-turut melebihi tiga kali.

Namun, pendapat mereka masih tidak kukuh disebabkan ada juga sahabat melakukan pergerakan yang banyak apabila terdapat maslahah mendesak. Di samping itu, tiada jaminan Nabi SAW tidak bergerak melebihi tiga kali berturut.

Bahkan ia adalah perkara ijtihadiyyah Imam Syafie yang memang terkenal sebagai imam yang amat berhati-hati dan menjaga kesempurnaan solat. Ini suatu yang baik jika kita ingin mengambil pendekatan Imam Syafie. Bagaimanapun, dalam kes mematikan telefon, ini keperluan mendesak. Ia boleh dikategorikan sebagai pergerakan yang wajib dilakukan ketika solat kerana larangan mengganggu jemaah lain yang sedang solat adalah wajib.



Dipetik dari buku "Pelik tapi Benar Dalam Solat" ust Abdul Rahman Mohamed, Telaga Biru KL 2006 pp75 dari sumber Arshad-TerunaDara.

Oleh itu, perbuatan mematikan telefon dimasukkan dalam perbahasan yang sama seperti keharusan bergerak untuk membunuh binatang buas yang mengancam. Ia diqiyaskan kepada hadis Nabi SAW yang mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil ketika solat.

Diriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan supaya membunuh dua binatang buas walaupun ketika solat iaitu kala jengking dan ular (jika ia menghampiri ketika solat).” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Justeru, dapat difahami bahawa wajib bagi seseorang untuk mematikan bunyi telefon bimbitnya kerana ia merosakkan ketenangan orang yang sedang solat, seperti mana bahayanya kala jengking dan ular.

Namun pergerakan itu mestilah dibatasi supaya tidak terlalu melampau sehingga melambangkan seolah-olah tidak ada perbezaan antara orang yang melakukan solat dan orang belum mengerjakan solat.

Penulis, Muhammad Asyraf ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis.


Kejer & Happy time

Salam u olls!....last week aku 3 hari berada di Awana Genting....jadi aku dan hubby ambik kesempatan bawak anak bercuti sekaligus....memandangkan jadual aku pack, jadi hanya hubby lah sibuk melayan kerenah anak2....walaupun anak2 mengeluh yang aku asik kerja jer...apakan daya nak...ibu dtg bekerja, bukan bersuka-ria...last day nnt ibu ikut layan korg k....

Dalam pada mengeluh tu, sronok jugak lah budak 2 org tu....papa bawak dirog mandi pool yang suam2 tu...mmg lah bestkan...mandi pool suam di tmpt sejuk...memandangkan skang musim hujan, jadi cuaca semestinya sentiasa sejuk....aku nie yg baru2 nak baik demam kira terseksa jugak lah gara2 sinus aku dan alergik sejuk nie....all the time sentiasa berada dalam baju sejuk dan shawl.....kepala sentiasa pening sebab oksigen tak cukup ke otak....idung tersumbat jer....dh nasib badan....

Memandangkan kami ada kerja di Awana, pihak hotel telah bagi special price utk kitorg bergumbira di Theme Park Genting....disebabkan skang petang asik hujan jer, aku pun juz ambik tiket indoor jer....untuk keselamatan....jumaat tu 1/2 day jer....so lepas kejer, kami sekeluarga pun panjatlah bukit genting tu....si qalish dah tertido...bagus jugak sebab dia mabuk jalan corner2 nie....sampai jer atas, kabus tak hingat2 punya tebal...hujan pulak tu...perghhhh!!!....

Skang cuti sekolah...orang ramai kat theme park nie....aku jadi rimas tapi terpaksa layan jugak sbb yang penting anak2 suka....setiap game kena beratur panjang...tapi naik tak sampai 5 minit pun....sabor jer lah....pastu bila dh sejuk, perut cepat lapar....kitorg pun lunch di McD....
Kol 4 camtu, kitorg pun bergerak turun, balik ke rumah....hubby pun kena gerak cepat sbb dia ada show malam nie...so, anak2 pun dah penat, perut pun dh diisi....kitorg pun bergerak turun balik....

Sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya...seb baik jalan 2 lane....aku hanya drive lane kiri dengan perlahannya sebab aku memang takut drive waktu hujan....anak2 pun tertido kepenatan, termasuk hubby....tinggallah aku terkulat2 drive sorg2....mmg mengantuk...tapi aku punya mengantuk tak teruk....aku masih blh drive dengan selamatnya....alhamdulillah....dalam 4.45 pm camtu, aku selamat sampai di rumah....

Hubby panaskan enjin keter dia dan bergerak pulang ke melaka...tinggallah kami menyambung waktu tido kecuali qistina...dia dah terbangun dan menghabiskan masa tengok TV....aku dan qalish tido dengan sronoknya...hehehe....
sedikit gambar anak2...

 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 

 

 
 

Tuesday, December 13, 2011

Internet Marketing

Salam u olls!...

Lately nie terlalu banyak citer tentang internet Marketing....actually internet marketing bukanlah sesuatu yang baru sbb aku jugak pernah mengaut keuntungan dengan cara nie....dan percaya atau tidak, hasil dari internet marketing, aku telah berjaya membuat downpayment keter MyVi aku tu....hmmm....menarik kan....

Dan alhamdulillah...aku tertarik dengan seorg blogger nie yg tidak kedekut langsung untuk share cara dia berjaya dalam kerjaya Internet Marketing nie....menarik kan?....sangat menarik.....aku pun dengan tidak sengaja telah mendaftar dan berharap aku akan menjadi seperti beliau....dan aku pun nak jadi pemurah spt beliau...jadi aku share ngan korang pulak....

So guys...citer banyak tau mau...jom click link nie dan tengok apa yang menarik di sebalik link nie....

Sedikit selingan

Sedikit gambar untuk di share...nak jugek...ngeh!ngeh!ngeh!....

Inilah teratak kecil ku...tempat untuk berteduh...yg penting, rumah aku sendiri...YEAY!!....


 budak 3 org nie baru siap mandi...aku tak bagi diorg duduk sbb belum kering...

 
Qalish nie dah mengantuk sebenarnya...tapi dia tahan mata tak nak tido....


Nie lah Graycloth yang aku citer tu...tapi nie belum abis cat...berhenti seketika untuk berehat....


Nie gambar masa belum cat...aku buat lain sikit lah...biasa org buat sebelum dan selepas...aku wat selepas separuh, dan sebelum...huahuahua....


Nie bilik Qistina sebelum cat....selepas cat tunggu next entry yer...aku baru nak gie weekend ni...kuikuikui....

Cuci....Cuci....

Salam u olls!...cuci...cuci...hehehe....macam dalam Filem Cuci (Afdlin Syauki) tu jer...tapi yg tu cuci bangunan...aku lak cuci rumah nak pindah...nak kata rumah baru, bukan pun...nie rumah beli atas tangan org lain...jadi cuci rumah 2nd hand...boley lah kan....

Nak dijadikan citer...semangatlah sangatkan...hari jumaat lepas aku dh nak demam...malam tu aku telanlah ubat supaya esok plan nak cuci rumah tak tergendala....keesokan harinya, bila aku bangun, hidung aku tak berenti2 selsema....badan pun dah start panas....tak leh jadi nie...lepas sarapan pagi, aku telan ubat lagi...tapi tetap nak pegi jugak...semangat nie....siap mandi sumer, aku gie beli cat...3 color yg aku pilih....cat pilihan adalah Nippon Paint....untuk ruang tamu, bilik utama dan bilik tengah, aku pilih color sama iaitu Graycloth dan utk picture wall, Granite rock....haaaa....untuk bilik Qistina pulak Warleyrose....mesti tak dpt imagine kan...hehehe....nnt aku letak gambor....
Selepas urusan cat dah settle, aku tunggu adik ipar aku bersiap sbb anak dia nak ikut...kol 12 gitu kitorg bergerak....sampai jer kat rumah tu, aktiviti mencuci pun bermula....seb baiklah aku ada bibik...kalau tak, awal2 aku dh surrender sbb aku dah kepenatan....seb baik rumah tu cepat kering....kalau lah korang tgk gelagat anak2 aku bersama sepupunya, mengucap tak abis2...mau tak nyer...dia bantai slide ngan air sabun tu....bertuah betul....dah terjerit2 aku nie ha macam tarzan.....sikit pun diorg tak layan....huh!...pastu dah siap diorg bergumbira, aku suh diorg mandi....aku dh tau benda nie mesti berlaku...jadi dh siap2 bawak sabun ngan baju spare....
Sementara bibik aku basuh toilet, aku berehat ngan anak2, anak buah & adik ipar aku....adik ipar aku masa aku sibuk mencuci, dia kuar gie beli Domino Pizza...thanx to her....so, diorg pun menikmati Domino pizza di ruang tamu yang dh bersih dicuci tu....aku lak?....aku tak lalu nak makan... mulut terasa pahit...selera pun tak de...huhu.....

Pukul 2 camtu, adik ipar aku balik ngan anak2 dia....tinggallah kami anak-beranak bersama bibik...memula tu aku tak larat sangat...jadi aku rehat sekejap...seb baik bawak toto....tapi tak boleh lelap sbb anak2 aku nie memekak....iskh...sabor jer lah.....last2 aku bangun dan mula mengecat dinding ruang tamu dalam demam2 tu.....hmmm....selesai sudah sebelah dinding ruang tamu aku tu....actually kurang cantik sbb baru selapis....kena tambah selapis lagi baru ok....disebabkan aku tak larat, aku hold dulu....bibik aku lak mengecat bilik Qistina....mmg cantik color tu.....tapi tetap sama...kena tambah selapis lagi....soooo, ari minggu nie, kitorg akan menghabiskan masa dengan mengecat lagi sbb hari Ahad aritu aku dh melepek demam teruk....idung berdarah sebab teruk sgt selsema....aku nie ada sinus...mmg tak blh biar tanpa makan antibiotik....tu lah akibatnya......

Semalam aku masih demam...ubat tak membantu utk penyembuhan aku....dan semalam ada kejer yang sangat penting yang membantutkan aku untuk tidak hadir bekerja....jadi aku plan, bawak keter slow2, siapkan kejer, dan gie klinik ambik MC....so semalam, begitu lah yang aku buat....aku dapat MC sehari dan aku berehat...alhamdulillah...ubat yg doktor bagi tu mmg power...demam aku kebah dan selsema aku kering...tapi ada 1 benda yg malang menimpa aku....antibiotik yang dia bagi menyebabkan mulut aku bengkak sbb alergik....dh seksi gitu mulut aku...huwaaa!!!....
Ari nie walaupun demam dh baik, tapi aku nie sensitif ngan sejuk....masuk jer ofis, idung aku terus tersumbat dan selsema balik...dan keadaan aku sebenarnya belum betul2 stable...sbb aku terasa pandangan aku bersinar2....mcm Jacob dalam citer Twilight tu...bila Jacob bertukar menjadi serigala...pandangan dia bersinar2 gitu....haa....camtulah...aku nampak cahaya2...mungkin sbb ubat yg aku makan tu power kot....ntahlah....

So guys!....tunggu episod akan dtg yer....aku letak gambor rumah aku dengan wajah baru....tapi kosong lagi lah...perabot next week baru start pindah....

See ya!

Friday, December 9, 2011

Weekend datang dahhh!!!

Salam u olls!....suka nya aku....weekend kali nie menyeronokkan....mana tak sronot nyer....esok aku nak gie cuci rumah....yeayy!!....punyalah lama aku tunggu...last2 dapat jugak kunci.....walaupun rumah sekangkang kera, tapi yang penting aku beli sendiri....hehehe.....dan yang penting, aku tak perlu mengharungi jalan Hulu Yam tu lagi setiap hari...best....best....

Anak2 aku dah tak sabar nak duduk rumah baru....dan si kakak paling happy sebab dia boleh pegi sekolah baru....sebab sekolah lama dia asik kena buli....harap2 dengan sekolah baru, dia happy dan pelajaran dia naik semula....

Sebenarnya banyak benda aku nak update...tapi disebabkan kesibukan aku yang tahap gaban nie, asik tangguh jer lah....tengoklah, aku akan cuba nanti update psl aku gie Kuching baru2 nie...pastu of course update pasal rumah....

ok guys!....don't go anywhere...stay tuned!....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers