GoRgEoUs!

VIP Followers

Tuesday, August 23, 2011

Aksi Q & Q & N di Taman KLCC

Salam sumer....alhamdulillah....dah 23 hari kita berpuasa....tinggal 6 hari jer lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita dan Syawal muncul pula.....
Alhamdulillah jugak sebab Allah masih memberi peluang utk aku bangun dr tido yang nyenyak dan diberi udara utk aku bernafas, memuji kebesaranNya....syukur alhamdulillah.....

N3 kali nie lak, nk post gambar2 anak2 aku bersama sepupunya masa poser 2 minggu yg lepas kl x silap, di taman KLCC....cadangnyer nk bawak gie tgk wayang....skali mak2 nya dh bershopping kat carrefour wangsa maju tu....tak hingat2 time...last2 adik ipar aku ajak gie bawak diorg swimming jer....tu mmg betul adhoc plan...time tu jugaklah gie beli suar pendek diorg....aku siap gie cari baju 10 hinggit utk anak2 aku tu....nk wat mandi2 jer....melayang gak ar duit ibu ari tu...suar doraemon tu lg mahal dr harga baju diorg....tp tak kesahlah nak...janji korg happy!!


Fr left: Nabil (baju oren), Qistina (baju pink) & Qalish (baju biru gelap)


bertambah gelap lah anak ku yg memang dh itam manis tu....


Si Qalish p main shower


Hamoi2....bukan main santai lagi anak dara aku tu....


 Aksi slow motion sambil tunjuk peace gitu....


Nie hero aku....spt biasa ngan posing2 dia


Nie model2 kelapa laut...(bak kata ayah Nabil a.k.a adik aku)





Nie perlawanan wrestling handicap.....hahaha!!....tak de ar....nie sebenarnya diorg main selamat2 kan org...tetiba dtg hero aku tu p duduk kat atas sepupu dia...tp dia x duduk abis....gurau jer....tgk gambar memang nmpk ganas...mcm kena buli...tp sebaliknya....lgpun aku ada dekat2 situ jer...takkan aku nak biarkan anak aku belasah sepupu dia kan...kan...kan....

k....aku nak citer bab lain di N3 yg lain pulak....babai.... ;)


Monday, August 22, 2011

Bila aku nak mula melangkah?

N3 kali nie aku nak citer psl diri sendiri lak....nie adalah kesinambungan dr blog kawan aku fabolousMummy a.k.a Ida De....aku actually bangga dengan beliau kerana dia antara kawan2 aku yg berani resign dan buat apa yang dia suka....bila aku baca ntry2 beliau, aku tau dia sangat bahagia dengan pilihannya....mungkin ada citer2 duka dan mencabar di belakang kegembiraannya, tapi yang aku pasti dia bahagia dengan pilihannya dan jauh sekali menyesal dengan pilihannya.....aku sangat bangga....

Banyak sebenarnya ntry3 beliau yang sedikit sebanyak mencabar diri aku sendiri sbb aku jugak antara yang dh lama menyimpan hajat utk resign tapi tak berjaya2 lagi...kenapa?....terlalu banyak ALASAN!!.....tu lah yang sebenarnya....aku terlalu banyak alasan....

Sebelum aku mengambil tindakan drastik untuk mencapai impian aku utk bebas dr makan gaji dan duduk di bawah telunjuk org lain, banyak perkara sebenarnya yang aku fikirkan...antara subjek yg plg besar ialah HUTANG....hahahaha HUTANG.....

Aku percaya kalau aku tak de hutang, dengan mudah aku melepaskan kerja aku skang dan bersama2 sahabat aku memperjuangkan pilihan sendiri tanpa menoleh ke belakang walau seinci pun....aku percaya.....
Dan oleh kerana sebab itu jugak lah aku sebenarnya tak berenti2 mencari peluang utk aku menutup 'kerak2' yang aku simpan selama nie utk bebas dengan gembiranya.....

Citer pasal mencuba....banyak benda dh aku cuba...dr perniagaan MLM, intenet, syiling emas...eh!...macam2 lah....kalau dikira semula, dh berpuluh ribu duit aku melayang gara2 nie sumer...nie bukan salah mereka pun...tapi salah diri sendiri.....aku memang seorg yang berat mulut...sbb tu aku takkan berjaya kl nk wat bisnes promote2 nie....

Tapi yang pasti hanya 1 perkara yang tak pernah kalah dalam diri aku....sikap tidak putus asa dan terus mencuba dan mencari sehingga aku berjaya....
Aku dah set target dalam diri aku bahawa bila sampai masanya itu aku akan bebas juga dan aku akan berusaha untuk menjadi seorg yang berjaya....dan pasti...

SETIAP KEJAYAAN PASTI ADA PENGORBANAN....


XTVT update

Nie sumer gambor2 bulan lepas stlh sebulan aku membiarkan sawang di blog aku nie...(tu ayat Yatie, kawan aku...dh bersawang...hehehe).....

Date: 02 July 2011.

Nie gambor2 masa tadika Qalish wat rombongan ke beberapa tempat antaranya, Domino's Pizza kat Wangsa Maju, Planetarium, Aquaria dan Masjid Wilayah...disebabkan tadika Qalish tak ramai, jadi dia join venture ngan tadika lain dan jemput mak, bapak join skali kl nak ar....disebabkan aku pun tak de menda nak buat, kira aku pun amik kesempatanlah bawak Qistina skali join rombongan tu....jom ar tengok...

 Nie Qistina tgh pintal2 doh tu nak wat roti pintal...aku x ingat namanyer...


 Pintal Qistina, jangan tak pintal....

 Qalish ngan topi kainnyer....nak masuk dalam tmpt masak tu kena pakai topi nie...hygiene...


Nie lak kat planetarium.....








Kat masjid tak amik gambar pun sbb nak cepat....tak sempat posing2....org masjid dah tunggu nak lunch pastu nak semayang zuhur....

Nie kat Aquaria lak....kagumlah tgk ikan2 dlm tu, especially shark....tapi time nie masing2 dh kepenatan....jadi tak lah excited sangat...dan gambar pun tak amik banyak....Qalish dia segar masa bila tau?...masa gie tmpt mainan...perghhh....kena pow lagi....



Last but not least.....bergambar bersama cikgu2 dan kawan2....cam biasa, Qalish ngan aksi Atomen nya....



Member kelas Qalish dlm 5 org jer...yg baju2 oren tu tadika lain....beginilah aksi mereka.....


Abang, tunggu mak di syurga ya.....


Hargai & sayangi org2 di sekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap,
perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju
terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak
muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju
itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke
pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang
menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan
terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya
kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain
terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir.
Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan
muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir
itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir.
Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah
perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah,
semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di
sana .

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak
tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak
uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke
pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang
dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang
soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak
sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku
sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang
itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita
abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang
pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan
bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak
menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap
pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala
Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang
sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini
mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih
tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama
menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik,
mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar.
Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata
doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak
juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada
mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan
sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah
semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran
manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah .
Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.
Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik
kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak
ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak
merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras
dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak
bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan
impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan,
pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu
trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang
nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang
tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu
menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang
dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu.
Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang
kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat
jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main
permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti
itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang
teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air
bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada
pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang
sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak.
Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan
tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia
dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad
khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban.
Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat
terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak
terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori
sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya
Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan
ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat
ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih
dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang.
Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat
naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati
mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di
sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak
bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan
hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha
segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak
juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun
seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak
menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas
itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital.
Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam!
Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.
Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga,
tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana
cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar
berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil
tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun
ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk.
Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu?
Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik
hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula
pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik
semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam
nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan
amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan
segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah
abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang
semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar
mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak
mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan
kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami
menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat
hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut
menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah
pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan
tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang
menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata
mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan
perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang
pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah...
Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di
sana . Suatu
hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di
sana ya! Disyurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak
di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada
lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat
abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi
abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya
keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang
terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak
perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong

 

Kek coklat (chocolate cake moist)

Salam u olls!....ari nie aku tak buat taik mata....biasanya weekend kl aku malas, aku akan buat taik mata....tapi biasanya aku akan buatlah kek atau apa2 saja menu sbb aku mmg hobinya memasak....memandangkan nie bulan poser, takkan nk wat cekodok kan...tak kenalah pulak.....cuma kali nie niat aku nak wat utk kawan2 ofis...sbb ada 2 org yg mengidam nk makan kek coklat moist nie...yg sorg tu mengandung pulak tu....huhu....walaupun diorg dh beli kat ofis aku, tp aku dh janji nk bg rasa aku punya....jd aku buat lah lebih.....kali nie mmg kek coklat moist marathon....cuma kek aku nie tak de lah cam kek kat kedai tu...memandangkan aku pun tak prepare bekas, jadi aku pakai bekas plastik yg leh masuk oven tu jer...yg pakai buang tu....rupa?....blh tahanlah....sbb nie bukan custom made utk bekas tu...jadi aku ikut loyang kek aku tu, pastu aku potonglah ikut bekas tu...hahaha....
kreatif tak?...kuang3.....

Citer lebey pun tak guna...jom tgk gambor jer lah.....


Yang paling wat aku terharu kan..kan...kan....anak aku si Qistina tu jadi tester....selalu aku pakai coklat mahal utk wat topping dia....tapi kali nie stok aku dh abis, aku pakailah coklat murah jer....so, suh lah dia test nk tgk jadik ke, idak....nie ayat power dia utk ibunyer;
Ibu       : Qistina, best tak kek ibu?
Qistina: Ibu, sedap sangat sampai saya rasa nak menangis....
Ibu pun tersenyum lebar, kembang. kempis idung bangga sebab anak puji kek ibu dia sedap...terharu aku lah...the best tester in the world is our kids lah...diorg very honest...cakap direct punya...tak de kecik2 ati punya lah...i love u lah....mmmuuaahhh utk Q & Q....


Sumer skali 6 bekas.....nampak sememeh lah....tak kesah lah kan.....aku bukan nak jual...nama pun kek coklat....

Siap jer wat kek coklat, aku pun ambik lah rest sebentar....kol 3.30 pm potong daging, rebus nak kasi empuk...maklumlah, 'rajin' nau nak gie pasor....belilah daging kotak....dh sah2 lah liat kan....aku pun rebus lah dalam sejam gitu...tapi aku tau mesti liat sikitlah....janji tak macam kunyah tayar sudah.....
nie resepi aku dapat dari Ana Suzana (belog dia ada kat sblh kanan tu ha)....dia punya gambau, tak leh tahan G....
thanx lah Ana....memang sedap sungguh....minggu depan nak balik melaka dah...nak balik beraya....hubby pun dh order macam2 menu...mana taknyer...ari2 dgr menu dlm fon jer...mana leh tahan kan....
so hubby dh listkan menu2 yg dia nak......antaranya, mee bandung, mee rebus, kek coklat moist, daging masak halia, dadih, agar2...haaa.....panjang list nyer.....ada lagi nie tapi kita tgk jer lah nanti.....
meh ler tgk hasil tangan dak Tasya nie....cuma aku sajer letak lebih kuah sbb sayang nk buang air rebusan daging tu...lgpun anak2 aku suka....

 Tu yang nampak bulat2 tu bukan nyer hapa....bawang putih maid aku potongnyer gitu deh....


Nie lak sayur kacang bonces campor keret....rencah ikan bilis...perghhh!!....

Pastu ada sup ayam semalam x abis...so cukuplah menu utk ari nie.....alhamdulillah..... 

Pejam, celik, pejam, celik, dah tinggal seminggu jer lagi nak beraya...Maha Besar Allah....tak terasa betul....punya lah cepat masa berlalu....semoga di akhir2 bulan kita berposer nie, keberkatannya melebihi dari hari2 yang lain...amen....


Friday, August 19, 2011

Kasih seorg ibu

Salam....pagi nie ada seorg kawan bg email kat aku...dan pagi nie jugaklah hati aku sangat sayu....walaupun aku tak pernah buat mcm nie pada mak,ayah aku, tp citer nie sedikit sebanyak menyentuh perasaan sbb aku juga seorg ibu....semoga anak2 aku menjadi anak2 yg solehah, taat kpd perintah ibu dan papa dan yg penting, tidak pernah sekali2 menjauhi, mengabai dan membiarkan ibu dan papa apabila mereka besar nanti...amen ya rabbal alamin....jom hayati kisah nie.....


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 
Ateh  menjawab, “Entah.” 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers