GoRgEoUs!

VIP Followers

Showing posts with label Omong kosong. Show all posts
Showing posts with label Omong kosong. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Boleh tutup telefon bimbit berdering ketika solat

 Pergerakan dibenarkan kerana maslahah jaga khusyuk

SOLAT memerlukan tumpuan kerana apabila perhatian terganggu, ia mampu mengurangkan pahala solat. Sebab itu Islam amat menitik beratkan persoalan persediaan sebelum solat termasuk menetapkan hati yang tenang serta memakai pakaian bersih.

Persediaan juga mengambil kira mengelak daripada perkara yang boleh mengganggu solat seperti kerap berlaku sekarang ini, bunyi deringan telefon bimbit. Perkara ini penting kerana bunyi deringan telefon itu boleh mengganggu solat kita serta jemaah lain.

Deringan bunyi telefon terkadang menghasilkan lagu dan bunyi yang jelas mampu menghalang jemaah terus khusyuk ketika solat sedangkan khusyuk satu tuntutan penting dalam solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menghalang sahabat memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan nyaring ketika orang lain sedang solat. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW apabila pergi ke masjid untuk beriktikaf dan Baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, Baginda berkata: “Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran (atau apabila bersolat).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis, jika al-Quran juga dilarang diperdengarkan kerana boleh mengganggu solat, apatah lagi bunyi deringan telefon. Sudah tentu dilarang dan sebab itu wajib bagi ingin menunaikan solat menutup telefon bimbit sebelum melakukan solat sama ada bersendirian atau berjemaah.

Namun persoalan berbangkit, bagaimana jika kita terlupa menutupnya sebelum bersolat dan telefon berdering. Adakah kita perlu menghentikan solat, menggerakkan anggota tubuh untuk mematikan telefon bimbit atau membiarkan saja telefon terus berdering.

Jawapan paling tepat di sini ialah mematikan telefon tanpa membatalkan solat. Maksudnya, orang yang sedang solat dibenarkan bergerak sedikit anggota badan lalu menutup telefon itu. Pergerakan ini dibenarkan dalam solat kerana maslahah menjaga khusyuk solat lebih besar daripada terus membiarkan telefon berbunyi sepanjang kita bersolat.

Persoalan ini termasuk dalam perbahasan hukum pergerakan dalam solat. Perbuatan tidak termasuk dalam perbuatan solat jika dilakukan dengan banyak maka ia terbatal tetapi jika dalam kuantiti sedikit membabitkan anggota kecil, maka dibolehkan.

Cuma di sini, ulama berselisih pandangan mengenai ukuran banyak atau sedikit. Dalam mazhab Syafie, jika dilakukan melebihi tiga kali dan secara berturutan maka ia membatalkan solat.

Namun bagi Imam an-Nawawi, ia turut mendatangkan contoh pergerakan yang sedikit seperti memberi isyarat ketika menjawab salam, melepaskan serban atau meletakkannya, menggosok lendir yang terlekat di baju dan lain-lain lagi.

Banyak juga keterangan hadis menceritakan pergerakan Nabi SAW dan sahabat ketika sedang solat kerana maslahah tertentu. Contohnya, pergerakan Nabi SAW memegang telinga Ibnu Abbas untuk memindahkannya daripada sebelah kiri ke sebelah kanan Baginda. Pergerakan yang banyak ini sudah dijelaskan oleh Ibn Battal bahawa inilah maslahah digunakan Nabi SAW dalam memelihara solatnya daripada terganggu.

Begitu juga kisah Nabi SAW sendiri pernah solat dalam masjid sambil mendukung cucunya Umamah. Apabila rukuk, Baginda akan meletakkan cucunya di bawah dan apabila bangun, Baginda akan mendukung cucunya kembali.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian cendekiawan Islam menolak dalil pergerakan Nabi SAW sebagai hujah untuk membolehkan kita mematikan telefon bimbit ketika solat kerana kata mereka ia khusus kepada Nabi SAW. Bahkan ada sebahagian mengatakan pergerakan dilakukan Nabi SAW itu boleh jadi tidak dilakukan secara berturut-turut melebihi tiga kali.

Namun, pendapat mereka masih tidak kukuh disebabkan ada juga sahabat melakukan pergerakan yang banyak apabila terdapat maslahah mendesak. Di samping itu, tiada jaminan Nabi SAW tidak bergerak melebihi tiga kali berturut.

Bahkan ia adalah perkara ijtihadiyyah Imam Syafie yang memang terkenal sebagai imam yang amat berhati-hati dan menjaga kesempurnaan solat. Ini suatu yang baik jika kita ingin mengambil pendekatan Imam Syafie. Bagaimanapun, dalam kes mematikan telefon, ini keperluan mendesak. Ia boleh dikategorikan sebagai pergerakan yang wajib dilakukan ketika solat kerana larangan mengganggu jemaah lain yang sedang solat adalah wajib.



Dipetik dari buku "Pelik tapi Benar Dalam Solat" ust Abdul Rahman Mohamed, Telaga Biru KL 2006 pp75 dari sumber Arshad-TerunaDara.

Oleh itu, perbuatan mematikan telefon dimasukkan dalam perbahasan yang sama seperti keharusan bergerak untuk membunuh binatang buas yang mengancam. Ia diqiyaskan kepada hadis Nabi SAW yang mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil ketika solat.

Diriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan supaya membunuh dua binatang buas walaupun ketika solat iaitu kala jengking dan ular (jika ia menghampiri ketika solat).” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Justeru, dapat difahami bahawa wajib bagi seseorang untuk mematikan bunyi telefon bimbitnya kerana ia merosakkan ketenangan orang yang sedang solat, seperti mana bahayanya kala jengking dan ular.

Namun pergerakan itu mestilah dibatasi supaya tidak terlalu melampau sehingga melambangkan seolah-olah tidak ada perbezaan antara orang yang melakukan solat dan orang belum mengerjakan solat.

Penulis, Muhammad Asyraf ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis.


Tuesday, December 13, 2011

Internet Marketing

Salam u olls!...

Lately nie terlalu banyak citer tentang internet Marketing....actually internet marketing bukanlah sesuatu yang baru sbb aku jugak pernah mengaut keuntungan dengan cara nie....dan percaya atau tidak, hasil dari internet marketing, aku telah berjaya membuat downpayment keter MyVi aku tu....hmmm....menarik kan....

Dan alhamdulillah...aku tertarik dengan seorg blogger nie yg tidak kedekut langsung untuk share cara dia berjaya dalam kerjaya Internet Marketing nie....menarik kan?....sangat menarik.....aku pun dengan tidak sengaja telah mendaftar dan berharap aku akan menjadi seperti beliau....dan aku pun nak jadi pemurah spt beliau...jadi aku share ngan korang pulak....

So guys...citer banyak tau mau...jom click link nie dan tengok apa yang menarik di sebalik link nie....

Tuesday, November 29, 2011

Kucing Q n Q pulak

Salam Maal Hijrah sumer....semoga dengan kedatangan tahun baru nie, kita sumer mempunyai azam baru yg lebih baik dari tahun sebelumnya atau dpt menyempurnakan azam2 tahun lepas yg masih tertunggak....

Last entry citer pasal kucing mama aku....this time entry aku nak citer pasal kucing anak2 aku lak.....actually, 2 minggu sblm aku balik Melaka, my hubby wassapp aku...dia ckp, ada surprise untuk anak2...hmmmm.....aku mmg tak terfikir kucing sbb dia tau aku tak suka kucing....

Last week aku ambik cuti lama....start Jumaat aku dh cuti dan malam khamis aku bertolak ke Melaka...aku sepatutnya buat surprise kat hubby aku sbb dia kejer malam hari khamis tu....jadi sepatutnya esok Jumaat tu bila dia balik kejer dia tgk kitorg dh ada kat rumah....tp tak sempat surprise kan hubby aku sbb bleh pulak time aku drive tu, dia sms tanya macam2 kat aku...memula tu reply2 lah jugak....pastu, tak boleh lah...sbb nak drive kan...bahaya tue....last2 aku terpaksa pecah lobang...huh!...dah tak surprise....tapi dia happy giler lah...begitu lah citer nyer....

Sampai jer rumah, seperti biasa, rumah masih kemas...cuma habuk tak boleh tahanlah....pastu anak2 aku gie ke dapur....pastu diorg nampak makanan kucing, dengan cage kucing, terus anak aku tanya "papa beli kucing ke ibu?"....aku pun cover line sikitlah...biar hubby aku yg surprisekan anak2 aku...
Esok pagi bila hubby aku dah balik, anak2 aku terus tanya "papa beli kucing ke?"....terus papa diorg bawakkan ke belakang dan tunjukkan kucing2nya....mak ai....punya lah besar dan comel....


Nie lah kucing2 hadiah dari papa kepada Qistina n Qalish....adik dh chop nak yg orange....kakak terpaksalah ambik yg grey tu....anyway, memang comel....

Tapi hubby aku telah membuatkan aku jadi geram sebab masa dia baru beli kucing2 tu, dia telah bersama2 kucing tersebut berada di dalam rumah....arghhhh!!!...seb baik sofa aku kulit....jadi tak de lah bulu2 kucing yang tertinggal2 kat situ....dan rupa2 nya hubby aku dh letakkan kucing2 tu di luar sebab dia telah merosakkan kerusi makan dan sofa aku dengan kukunya.....aku rasa mcm nak cekik2 jer kucing2 tu....lupa nak ambik gambar hasil dr cakaran kuku kucing2 tu...eeee.....geram tau....aku dah ckp kat hubby, kalau dia bawak masuk lagi kucing2 tu dlm rumah, aku pastikan kucing2 tu menjadi arwah atau aku magikkan kucing2 tu hilang dari rumah aku.....haaa....marah nie....erghhhh!!!.....

Begitulah cerita kucing2 Q n Q, hadiah dari papa tersayang....tapi ibu tetap tak suka tau....ibu nak tgk sejauh mana papa sanggup membela kucing2 tu sbb kucing2 nie high maintenance ok....kalau terjadilah apa yg aku fikirkan nie, alhamdulillah.....sbb aku tetap tak suka kucing.....huh!... :)


Thursday, November 24, 2011

Kucing Mama

Tadi belek2 folder kat PC, terjumpa gambar kucing-kucing mama ku....korang kalau tgk gambar2 nie mesti geram....aku suka tengok jer...nak bela atau nak pegang, tidak lah...aku takut dia cakar.....tapi jgn bagi kat Qalish....mati kucing tu dikerjakannya....dia kalau dpt kucing mak aku tu, disepaknya...pastu dia angkat, dibalingnya...yang aku pelik tu, kucing parsi nie, sgt pasif....tak bertindak pun...sikit pun tak dicakarnya anak aku tu...tak pun, disebabkan anak aku yg brutal tu, kucing tu yang takut....aku pun rasa camtu lah...sebab kucing mak aku kalau nampak si Qalish, sumer lintang-pukang lari....kesian kucing....huhu

Setiap kucing nie ada nama...tapi aku tak ingat....moh ler kita tgk gambar kucing mak aku nie....


Anak kucing nie dh ada org booking...sori....


 


  

Yang nie Garfield Junior....bapak dia dah mati...seb baik meninggalkan waris...mmg copy sejibik bapak dia...so, kitorg panggil dia Garfield Jr. yang nie mak aku tak nak jual.......





Yang nie pulak anak kucing yang baru berusia 2 bulan kot....kami pemalu...nnt dah besar sikit, kami tunjuk muka kami ek....


Nie kucing yang sama ngan gambar 1st tadi.....

Itu jer...babai.... :)




Adik rindu papa!

Salam u olls!....best nyer lah kejer ari nie....sebab aku tengah menghitung masa untuk balik ke Melaka...hmmm....dah 3 minggu rupanya aku tak jumpa hubby...huhu....we're too busy...dan yang kesiannya, my kids lah....si Qalish nie dah seminggu asik mengeluh....dengan nada yang sangat sedih, "ibu...adik rindu papa lah"...huhu....ibu miss papa too....hanya telefon jer pengubat rindu....ibu promise....nnt ibu ambik cuti kita balik jumpa papa k....

Allah tu Maha Mendengar....Dia mendengar rintihan anak kecil tu dan cantik jer planning yang diberi.....minggu nie Ahad Awal Muharram....jadi Isnin akan cuti ganti....dah dpt 3 hari...kemudian, aku ambik cuti lagi esok....total spend with my hubby are 4 days...yeayyy!!....mesti anak2 aku suka sangat....
Ya Allah!...tq so much.....dan peliharalah perjalanan kami anak-beranak pulang ke Melaka malam nie dengan selamat....Amin....

Tapikan....kitorg nak balik mlm nie tanpa pengetahuan hubby...aku nak buat surprise lah konon....tapi surprise nyer esok pagi sbb malam nie hubby aku kejer...so, kitorg akan jumpa dia esok pagi....tungguuuu....
So guys....tunggukan update i nanti k....aku dh plan untuk bawak anak2 bergumbira dan pasti bersama papa tersayang......mmuuahhh!!!


Tuesday, November 15, 2011

Checklist

Sementara aku tengah ngantuk nie, aku nak buat sedikit checklist supaya aku tak lupa....i'll be moving out to my new house insya'Allah this Dec 2011....sedikit checklist untuk diri sendiri supaya segalanya cantik ikut planning....

Before move out:
1. Cari kotak dan plastic compartment untuk letak baju dan barang2 dapur
2. Start to empty out all the closet (tinggal baju nak pakai jer)

After get the house key:
1. Survey condition of the house
2. Start cleaning (basuh rumah)
3. Beli cat rumah
4. Apply cuti dan start cat rumah (cut budget...cat sendiri jer)
5. Survey perabot kat IKEA....start buat listing perabot yang nak beli
6. By 3rd week of Dec 2011, moving out from rumah sewa skang to my new home sweet home....
7. Cari lori....upah pekerja abah 2 org untuk urusan angkat mengangkat barang

In between segala urusan, i need to settle my daughter school termasuk Qalish....urusan pertukaran sekolah...nie 1 benda yang mengusutkan kepala....nak kena cari Jabatan Pendidikan untuk sekolah di Sri Damansara.....

As of now, nie jer yang aku ingat.....kalau ada benda yang terlupa tolong include....

Thank you :)

Ngantuk entry

Salam u olls!!...N3 kali nie psl menu makan tghr beserta celoteh2 lain....kira N3 rojak lah nie....

Eh!...korang sumer apa lunch ari nie?...aku ari nie jauh sikit gie makan....ari nie aku ngan ofismate gie makan sotong kari kat Dato' Keramat....macam mengidam lak....tapi sotong kari dia memang marbeles lah....tapiiii.....aku nyer menu telur goreng sweet sour ngan sayur taugey....hahaha....ambik kuah sotong jer....sebabnyer, sotong dia...mak aii...besor u.....aku memang x abis lah makan.....so aku ambik yg mampu aku abiskan jer...abis jer makan, sempat lagi aku bungkus sebungkus mertabak ayam.....takut2 terlapar kol 3 kang...ayat tak boleh blah kan....kuikuikui!!!.....

Tapi kan korang, bila dah smpi ofis, dok jer depan PC, mata dh kuyu....dah terbayang2 tilam, bantal.....syiok gitu....ngantuk weh.......camner nie???.....huwaaa (menguap nie)....org melaka cakap, sangap...

NGANTUK.........

Friday, November 11, 2011

Yeay...yeay!!..esok WEEKEND!!


Yeayyyy!!!....esok weekend....saat yang ku tunggu2....so besok lepas subuh aku leh tido lagi....huhu.....yippiee!!!....kelakarkan....aku rasa macam aku dah lama sgt tak de weekend....ntah lah....kali nie aku rasa sgt bahagia dgn kedatangan weekend....I NEED REST......

Bak kata si comel kat atas tu, i don't know about you, but I am ready for the WEEKEND!!....yahooo!!....

Sebelum weekend, sempat lagi nie....aku ada jual baju baby...for a new born baby (0-3 months)....saper yg nak beli tu rege dia sgt murah....RM4 hinggit jer.....tu baju jer...suar abis stok...nanti ada aku bgtau...saper nak beli leh sms aku k....quality kain sgt bagus dan sejuk gitu....sesuai utk baby....lengan pendek....beli banyak, ada diskaun....rege tu boleh runding lagi...tp yg kena post tu, cam biasa lah.....wang post mesti ada lorr......apa2 pun sumer boleh runding.....

Suka nak beli, sms aku kat nombor nie k

019-6646236


Thursday, November 10, 2011

Aku penat.....mintak tenaga....

Salam u olls!....ari nie aku kurang produktif...lemau jer....sejak sebulan yg lepas nie aku asik pening pale jer....ha!!....ke situ pulak...tak mengandung....aku nie mmg dr muda ada masalah tekanan darah rendah....dan aku rasa lately nie sympton2 tu dh dtg balik....pandangan dah berpinor2 ajer nie...td tak tahan sgt gie berehat sekejap kat surau....aku chat ngan Yatie...aku bgtau dia yg aku penat....badan aku dh bekerja dalam kadar yang maksima dan memerlukan rehat.....mau tak nyer....sejak pindah KL, aku kena bangun seawal 5.45 am....pastu paling lewat 6.30 am aku kena gerak...nie dpt gerak 6.30 am sbb company aku dh bagi flexi hour....so, ok lah.... sebelum nie plg lewat 6.15 am aku kena gerak...kl x, mesti lambat smpi ofis...penat nk justify kat bos...actually dr teorinya nampak tak de yang luar biasa ngan rutin harian aku tu....tapi yang menyebabkan aku menjadi penat adalah kerana nak memanjat jalan Ulu Yam tu...setiap hari, pergi dan balik kerja....saper yg biasa ke Ulu Yam mesti dpt imagine camner keadaan jalan kat situ....uish...mencabar sungguh....

Mesti ada yang tertanya2....apsal tak ikut Rawang jer?....Rawang?....sebab, kat Rawang tak de LRT....aku tak kuasa nak naik komuter tu....Ya Allah....macam sardin...(ada lagi teruk dari sardin tak?)....selagi boleh sumbat, orang pakat masuk, macam tahu sumbat....pastu tren tu dah tak boleh jalan sebab terlalu pack dan ada org yang bersandar kat 1 button kat pintu utk menyedut power supaya tren tu boleh gerak....teknikal sgt ke bahasa aku nie?...hehehe....mcm tu lah lebih kurang....jd pilot tren tu jenuh lah buat pengumuman..."Sila jangan bersandar berdekatan dengan butang yang berada di tepi pintu kerana tren tidak dapat bergerak kerana tiada kuasa"....kat 3 kali jugak lah pilot tu announce....pastu tolak, tolak, tolak....nak bagi ruang kat button tu punya pasal....tu belum citer bab nak kuar tren....eeee......korg naik lah sendiri rasai pengalamannya...bagi aku, tu adalah mimpi ngeri yang akan menghantui malamku....ayat tak boleh blah....weiii......

ok lah....aku dh x larat nie...nak gie carik makan jap...takut pengsan kang....

Babai :)

Tuesday, November 8, 2011

Malu i....

Salam u olls!....sedar x sedar dah dekat 2 minggu aku tak update blog yer....termalu sendiri sebab ada sorg kawan blogger sound kat shoutbox....
<apple: keep your Blog updates, i like to read>
Malu nyer i....ingatkan aku syok sendirik tulis blog nie...rupa2nya ada gak bloggers dtg melawat...thank you so much Cik Apple....you buatkan i semangat gitu....hehe....
Actually bukan aku tak nak update blog...hari2 ada jer citer nak share...tapi memandangkan kerja aku yg kurang mengizinkan nie, tu yg kekadang, kekadang ke? selalu ter 'mis'...maaf yer kawan2....aku akan try untuk update sekerap yg mungkin....

Ari nie ada peluang nak update blog....ari nie aku nak update kerja baking aku semalam....moh kita ke mukasurat seterusnya......

Friday, October 21, 2011

Moral

Salam u olls!...beberapa hari nie kita digemparkan dgn berita seorg kanak2 perempuan berusia 2 tahun di China, telah dilanggar dan yang plg sadis, kanak2 tersebut dibiarkan begitu saja oleh org ramai yg lalu-lintas di kawasan tersebut....Ya Allah!!....dimanakah moral dan kesedaran mereka2 ini....dan sehari kemudian keluar pula di blog2 dan forum2 mengatakan sebab-musabab kenapa org di China tidak membantu jika terjadi kejadian2 spt nie....

Bagi aku, walau apa pun alasannya, mereka2 nie tetap tak berhati perut....dah nampak yang budak tu  hancur kaki kena langgar, takkan gila org nak blame yg ko buatkan.....padahal diorg tu jalan kaki dan nampak budak tu sedang menanggung kesakitan....nauzubillah...mintak dijauhkanlah rakyat2 negara kita dari menjadi seperti mereka2 yang tak berhati perut nie....aku bukan boleh tgk benda2 camnie...maklumlah...dlm hati berjambak2 bunga di taman, kembang mekar....perghhh!!....tak boleh tahanlah....

Wahai sahabat2 dan blogger2....peringatan utk diriku dan yang lain....What U Give, U'll Get Back.....always remember tu...Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan....ariosss...

Monday, August 22, 2011

Bila aku nak mula melangkah?

N3 kali nie aku nak citer psl diri sendiri lak....nie adalah kesinambungan dr blog kawan aku fabolousMummy a.k.a Ida De....aku actually bangga dengan beliau kerana dia antara kawan2 aku yg berani resign dan buat apa yang dia suka....bila aku baca ntry2 beliau, aku tau dia sangat bahagia dengan pilihannya....mungkin ada citer2 duka dan mencabar di belakang kegembiraannya, tapi yang aku pasti dia bahagia dengan pilihannya dan jauh sekali menyesal dengan pilihannya.....aku sangat bangga....

Banyak sebenarnya ntry3 beliau yang sedikit sebanyak mencabar diri aku sendiri sbb aku jugak antara yang dh lama menyimpan hajat utk resign tapi tak berjaya2 lagi...kenapa?....terlalu banyak ALASAN!!.....tu lah yang sebenarnya....aku terlalu banyak alasan....

Sebelum aku mengambil tindakan drastik untuk mencapai impian aku utk bebas dr makan gaji dan duduk di bawah telunjuk org lain, banyak perkara sebenarnya yang aku fikirkan...antara subjek yg plg besar ialah HUTANG....hahahaha HUTANG.....

Aku percaya kalau aku tak de hutang, dengan mudah aku melepaskan kerja aku skang dan bersama2 sahabat aku memperjuangkan pilihan sendiri tanpa menoleh ke belakang walau seinci pun....aku percaya.....
Dan oleh kerana sebab itu jugak lah aku sebenarnya tak berenti2 mencari peluang utk aku menutup 'kerak2' yang aku simpan selama nie utk bebas dengan gembiranya.....

Citer pasal mencuba....banyak benda dh aku cuba...dr perniagaan MLM, intenet, syiling emas...eh!...macam2 lah....kalau dikira semula, dh berpuluh ribu duit aku melayang gara2 nie sumer...nie bukan salah mereka pun...tapi salah diri sendiri.....aku memang seorg yang berat mulut...sbb tu aku takkan berjaya kl nk wat bisnes promote2 nie....

Tapi yang pasti hanya 1 perkara yang tak pernah kalah dalam diri aku....sikap tidak putus asa dan terus mencuba dan mencari sehingga aku berjaya....
Aku dah set target dalam diri aku bahawa bila sampai masanya itu aku akan bebas juga dan aku akan berusaha untuk menjadi seorg yang berjaya....dan pasti...

SETIAP KEJAYAAN PASTI ADA PENGORBANAN....


Abang, tunggu mak di syurga ya.....


Hargai & sayangi org2 di sekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap,
perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju
terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak
muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju
itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke
pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang
menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan
terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya
kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain
terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir.
Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan
muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir
itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir.
Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah
perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah,
semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di
sana .

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak
tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak
uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke
pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang
dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang
soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak
sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku
sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang
itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita
abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang
pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan
bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak
menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap
pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala
Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang
sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini
mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih
tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama
menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik,
mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar.
Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata
doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak
juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada
mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan
sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah
semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran
manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah .
Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.
Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik
kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak
ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak
merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras
dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak
bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan
impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan,
pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu
trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang
nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang
tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu
menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang
dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu.
Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang
kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat
jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main
permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti
itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang
teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air
bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada
pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang
sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak.
Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan
tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia
dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad
khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban.
Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat
terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak
terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori
sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya
Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan
ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat
ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih
dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang.
Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat
naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati
mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di
sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak
bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan
hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha
segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak
juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun
seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak
menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas
itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital.
Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam!
Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.
Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga,
tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana
cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar
berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil
tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun
ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk.
Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu?
Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik
hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula
pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik
semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam
nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan
amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan
segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah
abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang
semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar
mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak
mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan
kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami
menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat
hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut
menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah
pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan
tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang
menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata
mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan
perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang
pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah...
Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di
sana . Suatu
hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di
sana ya! Disyurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak
di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada
lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat
abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi
abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya
keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang
terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak
perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers